Kalau orang tanya nak mula ambil Herbalife, mulakan dengan Formula 1 dulu sebab ia adalah asas untuk semua program pemakanan sihat Herbalife. Produk kedua terpenting pula? Tea Mix. Kalau Formula 1 tu striker, Tea Mix ialah attacking midfielder. Tea Mix ialah minuman herba yang menyegarkan dan ia menggabungkan khasiat turun temurun teh herba dan juga khasiat minuman segera untuk kemudahan gaya hidup moden. Ia boleh dibancuh secara panas atau sejuk dan serbuk mudah larutnya memudahkan untuk ia dibawa kemana-mana.
Adakah anda gemar minum kopi/minuman 3 dalam 1?
Terlalu banyak minum kopi/minuman 3 dalam 1 akan menyebabkan badan kurang mendapat khasiat dan juga mendapat unsur tidak sihat seperti gula dan susu pekat. Khasiat herba dalam Tea Mix dapat memberikan kesegaran segera dan ia adalah alternatif sihat untuk kopi/minuman 3 dalam 1.
Adakah anda gemar minum air berperisa/air gas/air tenaga?
Air berperisa seperti air sirap, teh O, air jagung mempunyai gula yang badan kita tak perlukan. Air gas pula tinggi gula, purata satu tin minuman gas mengandungi 6 sudu gula. Minuman air tenaga pula juga tinggi kandungan gulanya. Sebenarnya air kosong ialah minuman terbaik untuk kesihatan, namun ia selalu menjadi pilihan terakhir. Tea Mix memberikan sedikit perisa kepada air kosong dan hanya 5-6 kalori sahaja per gelas. Tea Mix juga menambah khasiat dalam minuman yg kita minum. Jadi Tea Mix bukan sahaja alternatif yang sihat untuk mengganti minuman kurang sihat yg biasa kita minum, malah ia juga membantu mengawal pengambilan gula. Tea Mix juga memberikan khasiat tambahan untuk kesihatan tubuh kita disamping membantu meningkatkan pengambilan air.
Khasiat Tea Mix
Ingat ABCDEF, ingat khasiat Tea Mix :-
A - Antioksida. Bahan Green Tea Extract, Orange Pekoe Tea, Malva Sylvestris Extractdan Cardamom Seed tinggi dengan unsur antioksida. Ia membantu melawan sel radikal bebas yang menyebabkan penuaan dan penyebab kepada kanser.
B - Bakar lemak. Bahan Green Tea Extract mengandungi unsur polyphenols yang membantu meningkatkan metabolisma dan juga mengurangkan pengumpulan lemak dalam badan.
C - Cuci perut, cuci darah. Bahan Malva Sylvestris Extract dan Cardamom Seed baik untuk sistem penghadaman. Unsur theaflavins dari Orange Pekoe Tea membantu menurunkan tahap kolestrol. Unsur catechin dari Green Tea Extract baik untuk salur darah dan meningkatkan unsur Nitrik Oksida (NO).
D - Detoks, diuretic. Bahan Malva Sylvestris Extract dan Cardamom Seed juga membantu sel menyingkirkan toksin. Bahan Hibiscus Extract pula membantu tubuh menyingkirkan air dan mengatasi masalah 'gemuk air'.
E - Energy/Tenaga. Tea Mix mengandungi kafein yg memberikan tenaga, tetapi ia 1/3 lebih rendah berbanding kopi.
F - Feel good. Unsur L-theanine dari Green Tea Extract dapat mengurangkan rasa stress dan kerunsingan.
Harga sebotol Tea Mix 100g ialah RM229 dan ia cukup untuk 60 kali bancuhan. Jika dibahagi, satu bancuhan berharga RM3.80, ia sama harga dengan minuman 3 dalam satu & air tenaga dan mahal sedikit dari setin minuman soda/cola. Namun anda yang lebih tahu mana satu yang lebih tinggi khasiatnya.
Seperti biasa, sebelum orang bertanya baik saya beritahu awal-awal.
# Kenyataan tentang Tea Mix tidak dinilai oleh mana-mana Jabatan atau Kementerian Kesihatan. Produk tersebut tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati atau mencegah mana-mana penyakit.